BOOK AWARD
ANUGERAH BUKU NEGARA 2022 | NATIONAL BOOK AWARD 2022
Kategori Perdana - Anugerah Penerbit Berpotensi 2022

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada majlis berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, 2022. Sementara itu pada majlis sama judul terbitan Penerbit UTeM iaitu ‘Pemerkasaan Aktiviti Pengkomersialan Produk Penyelidikan di Universiti’ karya Prof. Madya Dr. Norain Ismail, Dr. Zawiah Mat dan Prof. Madya Dr. Sazelin Arif turut diangkat sebagai penerima anugerah kategori Pengajian Tinggi (Buku Perniagaan dan Ekonomi Terbaik).
Penglibatan dan komitmen Penerbit UTeM dalam menerbitkan karya-karya ilmiah semenjak tahun 2004 juga mencipta kejayaan yang tersendiri apabila turut menerima anugerah bagi kategori Penerbit Universiti Berpotensi. Semoga anugerah ini menyuntikkan semangat dan azam kepada penulis akademik UTeM untuk turut sama memperhebatkan lagi khazanah penerbitan UTeM ke Seantero Dunia!

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2020
“Longest Covid-19 Pandemic Poem” menerusi Buku Kumpulan Puisi Merentas Gempita: Pandemik 2020
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) dengan tajuk rekod “Longest Covid-19 Pandemic Poem” menerusi penerbitan buku kumpulan puisi Merentas Gempita: Pandemik 2020, karya pemuisi tersohor Profesor Dr. Lim Swee Tin.
Penyerahan sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan MBOR, Jwan Heah Yeow Hooi kepada Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim pada majlis pelancaran buku tersebut di Auditorium Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal pada 7 Julai 2020.
Profesor Datuk Wira Dr. Raha dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dan bertuah atas pengiktirafan tersebut dan ia merupakan kejayaan berganda buat UTeM apabila berjaya menerbitkan sebuah buku karya kreatif mengenai pandemik Covid-19 yang merupakan isu utama dunia masa kini. Beliau turut berharap buku kumpulan puisi Merentas Gempita: Pandemik 2020 dapat menjadi salah sebuah buku yang bermanfaat dan boleh dijadikan sumber rujukan mengenai pandemik Covid-19 pada masa akan datang.
Majlis turut dihadiri Pengurusan Tertinggi UTeM, Ketua Pegawai Maklumat UTeM, Mohd Isa Mohd Dom dan Pengarah Penerbit UTeM, Ts. Dr. Siti Nurul Mahfuzah Mohamad. Majlis diserikan dengan persembahan deklamasi puisi daripada buku Merentas Gempita: Pandemik 2020 oleh warga UTeM iaitu Profesor Madya Dr. Nurulfajar Abd. Manap, Dr. Amir Aris dan Muhamad Hazrul Md Esa dengan tajuk puisi “Sedang Memerhati” dan “Melihat”, disusuli persembahan khas oleh Profesor Dr. Lim Swee Tin dengan tajuk puisi “Di Hadapan Tanggungjawab”.

MAJLIS APRESIASI PENERBITAN UTEM 2021
Anugerah Penerima Royalti Tertinggi (Karya Kreatif) | Anugerah Jumlah Jualan Tertinggi (Karya Kreatif)
Buku: Siri Jelajah Teknologi Bersama Siti & Tenno
PEMBEKALAN PERPUSTAKAAN NEGARA AMALAYSIA